Saturday, October 4, 2014

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

PENGURUSAN WANG SEKOLAH

Pada setiap tahun,Kerajaan Malaysia mengeluarkan peruntukan yang amat tinggi bagi sector pendidikan.Ini kerana kerajaan ingin melihat pendidikan sebagai pemangkin bagi membawa negara menuju wawasan 2020.Pendidikan sekolah rendah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan akan mengagihkan peruntukan ini ke sekolah-sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri seterusnya ke sekolah-sekolah. Peruntukan yang diagihkan perlu dibelanjakan mengikut panduan yang telah ditetapkan Buku Panduan Kewangan oleh Perakaunan Sekolah,arahan perbendaharan,surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan,Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.Pengetua dan guru besar tertakluk dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan kewangan sekolah yang berkesan adalah aspek yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah.Ini kerana kecekapan seseorang guru besar dalam menguruskan wang sekolah penting bukan sahaja dari segi menguruskan peruntukan yang disediakan kerajaan tetapi dari segi kreativiti menambah sumber pendapatan sekolah. Sekolah yang baik apabila dapat menguruskan wang yang diamanahkan, tetapi juga dapat menghasilkan sumber pendapatan sendiri .

Punca Kewangan Sekolah
Sekolah mendapat sumber kewanga dari dua sumber:
1. Sumber Kerajaan
2. Pungutan daripada sekolah sendiri.


1.Sumber kerajaan
Sumber daripada kerajaan ini termasuk pemberian bantuan per kapita yang diberikan dua kali dalam setahun,kerajaan juga menyediakan peruntukan bagi membayar gaji guru-guru dan kakitangan sekolah di mana setiap bulan sekolah perlu menyediakan lembaran gaji Kemudian ia dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk diperoses dan disampaikan kepada pejabat pembayaran.

Perolehan harta modal bagi peruntukan PCG hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 tahun 2010 dan Surat Ralat Cetakan SPK 8 Tahun 2010 bertarikh 17 januari .

KLASIFIKASIPUNCA/ SUMBER
Kumpulan Wang KerajaanPeruntukan dan bantuan daripada kerajaanBantuan per kapita (Per Capita Grant –PCG)

Kumpulan WangSuwaSewa kantin,sewaan harta sekolah, derma & sumbangan orang ramai, Insuran, Majlis Sukan Sekolah,majalah sekolah, lain-lain kutipan yang diluluskan
Kumpulan Wang AsramaLPBT asrama, bantuan makanan asrama, yuran makan asrama, yuran khas asrama, yuran pendaftaran asrama, yuran dobi / pelbagai yang diluluskan.

Bantuan dan pemberian kerajaan

  •  Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
  • Pemberian bantuan per kapita satu kali setahun mulai tahun 2010.Tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan kepada bilangan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.
  • Tiap-tiap kumpulan wang itu diselenggarakan secara berasingan.
  •  Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri akan memberi bantuan PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran kepada setiap sekolah berasaskan kepada jumlah bilangan murid pada 1 Oktober setiap tahun.
  • Bantuan dan pemberian kerajaan
  • Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Sambungan bantuan dan pemberian kerajaan

Punca kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan wang kerajaan termasuk:
· Pemberian bantuan pra sekolah
· Bantuan mata pelajaran dan bantuan bukan mata pelajaran.
· Bantuan Rancangan Makanan Tambahan atau Rancangan Amalan Makanan dan  

Pemakanan.

· Bantuan gotong-royong
· Bantuan modal atau pembelian alat-alatan
· Geran pelancaran atau launching grant untuk sekolah-sekolah yang baru dibuka sahaja.
· Bantuan biasiswa kerajaan (Yayasan Negeri / Petronas / Mara)dan badan-badan kerajaan
· Yuran peperiksaan kerajaan (PTS / UPSR / PMR / SPM / STPM)

Prosidur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada 2 iaitu:

1) Sekolah yang Menyelenggara akaun kumpulan wang kerajaan- Sekolah berkenaan perlu mengemukakan tuntutan bantuan PCG masing-masing kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang akan mengemukakan kepada Pejabat pembayar bagi urusan pembayaran.- Sekolah akan menerima jumlah pemberian bantuan PCG dalam bentuk tunai.- Jumlah tersebut perlu diperakaunkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut ruangan bantuan yang ditetapkan.- Urusan perolehan akan dibuat oleh sekolah sendiri mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

2) Sekolah yang tidak menyelenggara akaun kumpulan wang kerajaan
a) Bagi sekolah yang bertaraf Pusat Kos, pemberian bantuan PCG akan disalurkan kepada Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) melalui waran peruntukan berdasarkan jumlah bantuan yang layak dipohon oleh sekolah iaitu mengikut bilangan enrolmen murid. Semua perolehan oleh PPB tidak boleh melebihi jumlah bantuan yang layak diberi kepada setiap sekolah mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa
b) Bagi sekolah bertaraf PTJ, pemberian bantuan PCG akan disalurkankepada pengurusan sekolah melalui waran peruntukan berdasarkan jumlah yang layak dipohon oleh sekolah. Semua urusan perolehan dibuat oleh sekolah sendiri mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
c) Peraturan dan tatacara tuntutan / pemberian bantuan PCG hendaklah dipatuhi oleh semua sekolah dan PPB.
d) Mulai tahun 2001, tuntutan bantuan PCG ditetapkan sekali sahaja setahun.
e) Tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan kepada bilangan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Contohnya enrolmen murid tahun 2012 merujuk kepada 1 Oktober 2011.
f) Menurut Pekeliling Kewangan Bil.8 Tahun 2010 dan Surat Ralat Cetakan SPK 8 Tahun 2010 yang bertarikh 17 Januari 2011 bagi sekolah yang dibuka selepas tarikh di atas,tuntutan / pemberian hendaklah berdasarkan bilangan murid pada tarikh sekolah tersebut dibuka / operasi dan peratus tuntutan /pemberian daripada bantuan setahun yang dibenarkan.BULAN SEKOLAH MULA DIBUKA


Bulan sekolah mula dibuka
Peratus tuntutan
JANUARI-MAC
100%
APRIL-JULAI
70%
OGOS-DISEMBER50%


2. Pungutan daripada sekolah sendiri.


Kumpulan Wang Suwa

Wang Suwa (sumbangan wang awam) sekolah ialah wang yang diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan wang asrama.


 Wang Suwa termasuk:

1. Sewa Kedai Buku

2. Caj/Sewaan Kemudahan Sekolah termasuk Sewa Bilik Asrama(Kutipan Mengikut SPK 5/2005)
3. Derma atau sumbangan dari orang ramai termasuk dari badan berkanun
4. Faedah Bank
5. Majalah Sekolah
6. Pendapatan Dari Kedai Buku Sekolah
7. Pendapatan Dari Koperasi Sekolah
8. Cagaran Kantin
9. Bayaran Tambahan Subjek Azhari (Bayaran Tambahan Di Sekolah SABAK sahaja)
10. Kutipan bagi aktiviti tertentu seperti tuan rumah aktiviti sukan atau kokurikulum

Wang Suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut:
1.Wang yang dikutip khas bagi sesuatu tujuan
Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid-murid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan,umpam anya yuran sukan ataupun permainan, wang yang dikutip itu perlu digunakan bagi tujuan itu sahaja.

2.Wang dikutip secara am
Kutipan seperti sewa kantin, derma am adalah kutipanyang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan. Wang yang diterima daripada punca itu boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi perbelanjaan lain yang dapat member manfaat secara langsung kepada murid-murid

3.Kegunaan Wang Suwa yang lain
Wang suwa sekolah juga boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain dengan syarat:
a. Mendapat kelulusan daripada pihak ketua Pusat Tangungjawab
b. Melalui pindaan peruntukan selepas mendapat kelulusan daripada Pusat Tanggungjawab.

KUMPULAN WANG DARIPADA WARAN PERUNTUKAN KECIL
Bagi sekolah yang diberi kuasa sebagai PTJ, pengetua bertangunggjawab ke atas perbelanjaan yang diberikan berasaskan waran peruntukan kecil yang diluluskan oleh bahagian masing-masing. Pihak sekolah akan berbelanja mengikut objek, program dan keperluan sekolah yang diluluskan berasaskan waran peruntukan kecil yang diberikan.

Sebarang pembayaran dibuat melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) selaku pejabat pembayaran dan perakaunan bagi kerajaan. Pengetua perlu menyediakan baucar bayaran, kelompok dan dokumen-dokumen sokongan bagi proses pembayaran. Pengetua juga perlu membuat laporan penyesuaian akaun yang dikeluarkan oleh JANM dengan buku vot yang dikendalikan pada peringkat sekolah.


BUKU VOT
1.Buku Vot – Ialah satu buku rekod kewangan yang perlu diselenggara oleh sekolah mengikut kehendak AP95. Buku vot mengandungi maklumat-maklumat kewangan berhubung peruntukan, tangunggan, perbelanjaan dan baki peruntukan

Tujuan buku vot adalah:

  • Mengawal dan memastikan perbelanjaan & tangunggan tidak melebihi peruntukan yang diluluskan.
  • Sebagai satu punca maklumat bagi menyediakan laporan –laporan berkenaan perbelanjaan, tanggungjawab dan baki tanggungan.
  • Penyesuaian buku vot adalah proses menyemak ketepatan semua bayaran dan pungutan yang direkodkan di dalam sesuatu “laporan terperinci perbelanjaan” berbandingdengan apa yang direkodkan di dalam buku vot bagi bulan berkenaan dan bulan-bulan sebelumnya.

Penyesuaian buku vot dilaksanakan bagi memastikan:
1. Sebarang bayaran yang tidak dibenarkan dapat dikesan.
2. Kesilapan membuat akaun pada peringkat Akauntan Negara ataupun wakilnya dapat dikesan.


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha mengeluarkan buku tatacara yang baru bagi menggantikan Buku Tatacara Edisi Keempat -Tahun 2005 untuk kegunaan pengurusan sekolah muiai tahun 2012. Tindakan ini adalah sebagai penambahbaikkan selaras dengan perubahan-perubahan yang terdapat di dalam Arahan Perbendaharaan (AP), Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP), Surat Pekeliling lkhtisas (SPI), Surat Pekeliling Kewangan (SPK) dan jugs surat siaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Beberapa perubahan yang berlaku seperti pengumuman pemansuhan Bayaran Tambahan baru-baru ini maka edaran buku tatacara yang baru terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimanapun pengurusan sekolah dikehendaki mengambil tindakan awal selaras dengan perubahan dalam tatacara yang akan dikeluarkan mutai tahun 2012. Perubahan tatacara adalah seperti berikut:


3.1 Penggunaan Dokumen Kewangan Baru
Semua dokumen kewangan Kumpulan Wang Sekolah hendaklah menggunakan format baru mulai Januari 2012 seperti arahan yang dikeluarkan melalui surat KP.AK.SEK/500-511/JLD 1(20) bertarikh 28 Julai 2010 dan arahan penangguhan melalui surat KP.AK.SEKI500-5/1/JLD 1(23) bertarikh 4 November 2010.

3.2 Tatacara Terimaan

3.2.1 Resit Rasmi Pejabat (RP01) dan Resit Rasmi Murid (RM01) yang dikeluarkan hendaklah menggunakan format baru seperti arahan di perenggan 3.1.

3.2.2 Setiap Resit Rasmi Pejabat yang dikeluarkan termasuk yang dibatalkan hendaklah direkodkan dalam Buku Tunai pada hari yang sama.

3.2.3 Pengeluaran Resit Rasmi Pejabat (RP01) hendaklah dikendalikan oleh dua orang pegawai. Pegawai yang diberi kebenaran untuk menerima wang awam hendaklah menulis resit dengan menggunakan karbon dua muka dan hendaklah ditandatangan oleh seorang pegawai yang lain.

3.3 Tatacara Perolehan

3.3.1 Sekiranya senarai barang yang dipesan melebihi ruangan dalam borang pesanan sekolah, lampiran berasingan boleh digunakan dengan diperakukan oleh Pengurus Sekoiah. Contoh pengisian adalah seperti di lampiran.

3.3.2 Perolehan harta modal bagi peruntukan PCG hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010 dan Surat Ralat Cetakan SPK 8 Tahun 2010 bertarikh 17 Januari 2011.

3.4 Tatacara Bayaran

3.2.1 Baucar Bayaran bagi semua Kumpulan Wang Sekolah hendaklah menggunakan format baru seperti arahan di perenggan 3.1.

3.4.2 Setiap baucar bayaran mesti disertakan dengan dokumen sokongan yang asal iaitu bil/invois, pesanan sekolah, nota minta atau satu pernyataan yang telah diperakui seperti kertas kerja terpernci dan salinan fotokopi cek bayaran.

3.4.3 Baucar bayaran bernilai kurang daripada RM10,000 hendaklah diperakukan oleh dua (2) orang pegawai yang diberi kuasa.
i) Perakuan   i (Ketua Pembantu Tadbir/Guru Penolong Kanan)- penyemak dan pengesah.
ii) Perakuan ii (Pengurus Sekolah) –pelulus

3.4.4 Baucar bayaran bernilai RM10,000 dan ke atas hendaklah diperakukan oleh tiga (3) orang pegawai yang diberi kuasa.
i) Perakuan i(Ketua Pembantu Tadbir/Guru Penolong Kanan)- penyemak dan pengesah
ii) Perakuan ii (Guru Penolong Kanan) - pengesah
iii) Perakuan iii (Pengurus Sekolah) – pelulus

3.5 Buku Tunai dan Akaun Subsidiari

3.5.1 Buku Tunai dan Akaun Subsidiari bagi semua Kumpulan Wang Sekolah hendaklah menggunakan format baru seperti arahan di perenggan 3.1

3.5.2 Tatacara mengakaunkan terimaan bantuan serta akaun subsidiari dalam Kumpulan Wang Kerajaan adalah seperti di bawah:



Bil
Jenis Bantuan
Catatan dalam
Resit Pejabat
Lajur Buku
Tuna
Akaun Subsidiari
1
Bantuan Geran
Perkapita (PCG)
Peruntukan
PCG
Mengikut lajur
Peruntukan
PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata
Pelajaran
Teras (Semua sekolah)
- Sains
- Matematik
- Bahasa inggeris
- Sivik & Kewarganegaraan
- Lain-lain Matapelajaran

Etektif (Menensaah sahaia)
 - Sains Tulen
- Pengajian Islam
- Sastera ikhtisas
-Bahasa
- Kemanusiaan
- Teknologi
- Vokasional
2
Pendidikan Khas Integrasi
(SK.Rendah)
Pendidikan Khas Integrasi

Pendidikan Khas Integrasi

- Teras
- Wajib
- Tambahan
- LPBT/LPK Sekolah
-Pusat Sumber Sekolah
- Bimbingan Kaunseting
3
Pendidikan Khas Integrasi
(SK.Menengah)
-masalah Penglihatan
-Masalah Pembelajaran
Peruntukan PCG
Pendidikan Khas Integrasi
-teras
-wajib
-Elektif
4
Yuran Khas Sekolah(YKS)
Yuran Khas Sekolah(YKS
Bantuan Persekolahan Lain
Yuran Khas Sekolah (YKS)
5
Bantuan Kokurikulum Sekolah(BKK)
Bantuan Kokurikulum Sekolah(BKK)
Bantuan Persekolahan Lain
Bantuan Kokurkulum Sekolah (BKK)
6
Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
Bantuan Persekolahan Lain
Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
Bil
Jenis Bantuan
Catatan dalam
Resit Pejabat
Lajur Buku
Tuna
Akaun Subsidiari
7
Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform
Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform
Bantuan Persekolahan Lain
Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform
8
Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah  Rendah (RMT)

Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah  Rendah (RMT)
Bantuan Persekolahan Lain
Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah  Rendah (RMT)
Bil
Jenis Bantuan
Catatan dalam
Resit Pejabat
Lajur Buku
Tuna
Akaun Subsidiari
9
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Bantuan Persekolahan Lain
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
10
J-QAF
J-QAF
Bantuan Persekolahan Lain
J-QAF
-Kem Bestari Solat
 J-QAF
-Literasi Al-Quraan
11
Elaun Murid Bekeperluan Khas (EMK)
Elaun Murid Bekeperluan Khas (EMK)
Bantuan Persekolahan Lain
Elaun Murid Bekeperluan Khas (EMK)
12
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Bantuan Persekolahan Lain
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
13
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)
Bantuan Persekolahan Lain
BBTP-Kokurikulum
BBTP-Kertas Ujian Dalaman
BBTP-Sukan Tahunan Sekolah
BBTP-Kegiatan Pendidikan BBTP-Islam&Moral
BBTP-MSSM
BBTP-Insuran Takaful

14
Lain-lain Bantuan Persekolahan dari KPM yand diterima secara berterusan
Mengikut nama bantuan berkenaan
Bantuan Persekolahan Lain
Mengikut nama bantuan berkenaan
15
Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah(BKKP)
Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah(BKKP)
Pra Sekolah
Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah(BKKP)
16
Bantua Makanan Prasekolah (BMP)
Bantua Makanan Prasekolah (BMP)
Pra Sekolah
Bantua Makanan Prasekolah (BMP)
17
Bantuan Perkapita Pra Sekolah (PCG-Pra sekolah)
Bantuan Per Kapita Pra Sekolah
Pra Sekolah
Bantuan Per Kapita Pra Sekolah
18
Peruntukan Khas Kepada Sekolah Berprestasi tinggi
Peruntukan Khas Kepada Sekolah Berprestasi tinggi
Pelbagai
SBT-Pembangunan Modal Insan
SBT-Perantarabangsaan
SBT-Penyelenggaraan dan ubahsuai kecil
SBT-Harta Modal






Bil
Jenis Bantuan
Catatan dalam
Resit Pejabat
Lajur Buku
Tuna
Akaun Subsidiari
19
Peruntukan Khas Kepada Sekolah KLuster
Peruntukan Khas Kepada Sekolah KLuster
Pelbagai
Pecahan Akaun Subsidiari hendaklah mengikut SP Kewangan Bil 2/2009
20
Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi(KEDAP)
Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi(KEDAP)
Pelbagai
Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi(KEDAP)
21
Peruntukan Bil Utiliti (SK.Bantuan Kerajaan Sahaja)
Peruntukan Bil Utiliti
Pelbagai
Peruntukan Bil Utiliti
22
Faedah Bank
Faedah Bank
Pelbagai
Faedah Bank/Caj Bank
23
Lain-lain bantuan Persekolahan dari KPM dalam bentuk’one-off’atau lain-lain Agensi Kerajaan/Badan Berkanun.
Mengikut nama bantuan berkenaan
Pelbagai
Mengikut nama bantuan berkenaan

3.5.3 Tatacara mengakaunkan terimaan bantuan serta akaun subsidiary Kumplan Wang Asrama adalah seperti di bawah

3.5.4 Tatacara mengakaunkan terimaan serta akaun subsidiary dalam Kumpulan Wang SWA adalah seperi di bawah.

Tuntutan Bantuan Per Kapita Sekolah Kebangsaan Parit Sulong bagi tahun 2012
Bil
Jenis Bantuan
Akaun Subsidiari
Bil.Murid
Kadar bantuan setahun/seorang murid setahun
Kadar peruntukan
Jumlah Tuntutan
1








Bantuan Geran Perkapita(PCG)
Mata Pelajaran Teras -(60%)
-Sains,
-Matematik
-Bahasa Inggeris

Mata Pelajaran Lain (MPL)-(40%)
-Bahasa Melayu
-Kajian Tempatan
-Pend.Islam
645
500 murid pertama
645-500=145 murid
145 x RM 10.00
RM 5700.00

RM 1450.00
RM 7150.00
Sivik (Tahap dua sahaja)
360
150 murid pertama
210murid x RM 6.00

RM 1100.00
RM 1260.00
RM 2360.00

Mata Pelajaran Wajib-(sama rata)
-P.Jasmani
-Kemahiran Hidup
-Seni
-Muzik

645
500 murid pertama
645-500=145 murid
145 x RM 22.00
RM 11700.00

RM   3190.00
RM 14890.00
Bukan Mata Pelajaran
-Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun(LPBT)

645
500 murid pertama
645-500=145 murid
145 x RM 28.00

RM 14850.00

RM   4060.00

Bimbingan & Kaunsling
645
500 murid pertama
645-500=145 murid
145 x RM 3.50

RM   2550.00

RM     507.00
RM 3057.00
-Pusat Sumber Sekolah
645
500 murid pertama
645-500=145 murid
145 x RM 13.00
RM   7200.00

RM   1885.00





RM 9085.00





Bil
Jenis Bantuan
Akaun Subsidiari
Bil.Murid
Kadar bantuan setahun/seorang murid setahun
Kadar peruntukan
Jumlah Tuntutan
2
Pendidikan Khas Integrasi.
(sk.rendah)
Mata pelajaran Teras
32
32 murid x RM 45.00

RM 1440.00
Mata Pelajaran Wajib
32
32 murid x Rm 70.00

RM 2240.00
Tambahan-ICT
32
32 murid x RM 65.00

RM 2080.00
Pusat Sumber Sekolah
32
32 murid x RM 40.00

RM 1280.00
Bimbingan Kaunseling
32
32 murid x RM 12.00

RM   384.00
LPBT
32
32 murid x RM 180.00

RN 5760.00
Bantuan sukan harian
1-50       murid = RM 200.00
51-100   murid = RM 400.00
101-150 murid = RM 600.00
151 ke atas + RM 4.00
32


RM 200.00
3
Pendidikan Khas Integrasi (s.k.menengah)


-TIADA-
-TIADA-

4
Yuran Khas Sekolah(YKS)
-Lukisan,Perpustakaan,Sukan
645
645 x RM 4.50

RM  2902.5
5
Bantuan Kokurikulum Sekolah(BKK)

645
645 x RM 25.00

RM 16125.00
6
Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

645
645 x RM 4.00

RM  2580.00
7
Bantuan Pakaian Serakam Pasukan Beruniform

5
5 x RM 100.00

RM   500.00
8
Rancangan Makanan Tambahan SK Rendah (RMT)

30
30murid x RM 1.80
(hari persekolahan sahaja)













Bil
Jenis Bantuan
Akaun Subsidiari
Bil.Murid
Kadar bantuan setahun/seorang murid setahun
Kadar peruntukan
Jumlah Tuntutan
9
Kumpulan  Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
MISKIN
-Bayaran Persekolahan
-elaun bulanan (10 bln)
28
28 murid x RM 200.00
28 murid x RM   25.00
RM 5600.00
RM    700.00
RM 6300.00
MISKIN TEGAR
-Bayaran Persekolahan
-elaun bulanan ( 10 bln)
3
3 murid x RM 300.00
3 murid x RM 250.00
RM 900.00
RM 250.00
RM  1150.00
10
J-QAF
-Kem Bestari Solat
568
568 murid x RM 2.50

RM  1420.00
-Kem Literasi Al-Quraan


-TIADA-

11
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)





12
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)





13
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)
-Kokurikulum
645
645 murid x RM 3.00

RM 1953.00
-Kertas ujian dalaman
645
645 murid x RM 6.00

RM 3870.00
-Sukan Tahunan Sekolah
645
645 murid x RM 6.00

RM 3870.00
-Kegiatan Pendidikan Islam & Moral
645
645 murid x RM 6.00

RM 3870.00
-MSSM
645
645 murid x RM 2.00

RM 1290.00
-Insuran Takaful
645
645 murid x RM 1.50

RM  967.50
14
Lain-lain Bantuan Persekolahan dari KPM yang diterima secara berterusan





15
Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah(BKKP)
Prasekolah &
Prasekolah pemulihan khas
25
4
29 murid xRM 25.00

RM  725.00
16
Bantuan Makanan Pra Sekolah(BMP)
Prasekolah &
Prasekolah pemulihan khas
25
4
29 murid x RM  1.80

RM 52.00x
Hari persekolahan








Bil
Jenis Bantuan
Akaun Subsidiari
Bil.Murid
Kadar bantuan setahun/seorang murid setahun
Kadar peruntukan
Jumlah Tuntutan
17
Bantuan Perkapita Prasekolah (PCG-prasekolah
Prasekolah &
Prasekolah pemulihan khas
25
4
29 murid x RM 100.00

RM 2900.00
18

Peruntukan Khas kepada ekolah Berprestasi Tinggi

-Pembangunan Mudal insane

-TIADA-
-TIADA-

-Perantarabangsaan

-TIADA-
-TIADA-

-Penyelenggaraan dan ubah suai kecil

-TIADA-
-TIADA-

-Harta modal

-TIADA-
-TIADA-

19
Peruntukan Khas Kepada Sekolah Kluster


-TIADA-
-TIADA-

20
Kelas Dewasa Orang Asli Dan Peribumi


-TIADA-
-TIADA-

21
Peruntukan Bil Utiliti (sk.bantuan kerajaan shj)





22
Faedah Bank





23
Lain-lain bantuan Persekolahan dari KPM dalam bentuk’one-off’atau lain-lain Agensi Kerajaan/Badan Berkanun.









Cara membelanjakan peruntukan PCG mata pelajaran Wajib,bagi Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Parit Sulong.
1. RM 14,890.00 diperuntukan bagi Mata Pelajaran Wajib yang bagi tahun 2012 .Jumlah ini kemudiannya dibahagikan kepada empat mata pelajaran iaitu:

1 P.Jasmani

2 Kemahiran Hidup
3 Seni
4 Muzik
Ini bermakna setiap Panitia mendapat sebanyak RM 3722.50.Sedikit baki diperlukan sebagai simpanan untuk keperluan tertentu sebanyak 5%(mengikut ketetapan pengurusan sekolah) sebanyak RM 186.12 perlu disimpan .
2.Guru Panitia perlu peka dan tidak berbelanja melebihi peruntukan yang ditetapkan.Elakkan daripada menggunakan peruntukkan yang telah diagihkan kepada matapelajaran lain .

3.Berbelanja secara berhemah dapat mengelakkan sekolah dari beban hutang.

Langkah Memesan barang/BBM sekolah

1 Guna LO sementara sekolah,senaraikan barang yang diperlukan hantarkan kepada syarikat pembekal untuk mendapatkan senarai harga.
2 Pembekal perlu diingatkan supaya tidak terburu-buru menghantarkan barang yang dipesan,sehingga mendapat persetujuan dari guru Panitia dan pengurusan sekolah.
3 Pembekal akan menyemak senarai barang yang diperlukan kemudian menyenaraikan harga .LO yang siap akan dihantar semula ke sekoh untuk tindakan selanjutnya.
4 Guru Panitia perlu menyemak senarai harga yang diberikan,pastikan tidak melepasi paras peruntukkan yang dibenarkan.
5 Setelah berpuashati dengan senarai harga dan jenis barang yang diperlukan,pihak sekolah akan menghantar senarai barang melalui LO sebenar kepada pembekal.
6 Pembekal akan menyemak dan membuat pengghantar barang yang diperlukan.
7 Pembekal perlu menurunkan tandatangan dan cop rasmi syarikat pada LO sekolah.Sebagai bukti penghantaran dan penerimaan. CEK akan dikeluarkan atas nama pembekal tidak lewat dari 7 hari dari tarikh penghantaran. Namun amalan ini sering diabaikan oleh pengurusan sekolah,mereka mengarahkan pembekal mengosongkan tarikh penghantaran ,pihak sekolah sendiri yang akan menetapkan tarikh penerimaan dan bayaran.Sekolah sebenarnya menyalah gunakan kuasa dengan menetapkan sendiri tarikh penerimaan,walaupun sesetengah barang telahpun diterima setahun lebih awal.Isu audit sepatutnya tidak timbul,sekiranya kita mempunyai system pengurusan yang betul.
8 Barang yang diterima perlu di senaraikan dalam buku stok,untuk tujuan AUDIT.
· Catatkan tarikh,jenis barang,jumlah penerimaan,no invois pembekal dan tandatangan penerima STOK dengan dakwat hitam sebagai bukti penerimaan.
· Catat dengan dakwat merah sebagai pengeluaran sekiranya barang yang diterima mula digunakan.

No comments:

INTERNATIONAL DIGITAL INNOVATION AND INVENTION CHALLENGE IDIIC 2021 WONS GOLD MEDAL/ சர்வதேச டிஜிட்டல் புத்தாக்கம் மற்றும் கண்டுபிடிப்பு போட்டியில் பங்கோர் தமிழ்ப்பள்ளிக்குத் தங்கம்!!!

  இரண்டாவது முறையில் பங்கோர் தமிழ்ப்பள்ளி மாணவர்களான செல்வி ம.கார்த்திஷா, செல்வி க.திவ்யாஷினி மற்றும் செல்வி க.டியானா ஆகிய மூவரும் பசுமை தொழ...